STRESS NYAA!!!
bila kita stress semua orang kita rasa macam nak sepak,terajang orang yg ada dengan kita. tak pun rasa macam nak menjerit bagi satu dunia tahu kan?Tapi cakap je kan? x serupa bikin ponn.. ada brani nak sepak,terajang orang?, ada brani nak jerit satu dunia? X MUNGKINNN!!!
Biasalah, kadang-kadang kita stress dengan kerja,homework,assignment lagi kan? kadang-kadang juga dengan seseorang yang membuat kita stress.
Walau bagaimanapun, stress adalah satu kesilapan besar. bila kita stress, kita akan tenggelam dalam pemikiran yang negatif dan kita tak dapat beri tumpuan kepada perkara yang baik dan akhirnya merasa lemah dan sakit-sakit.
tiada masalah yang tiada penyelesaian nya.
tiada masalah yang tiada penyelesaian nya.
3 CARA MUDAH MENGHILANGKAN STRESS
1. BERSENAM
Dengan berseman, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. TIDUR
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang iaitu sebelum masuk waktu zohor. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

3.MENGINGATI ALLAH

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

No comments:
Post a Comment